Perutusan Pengetua

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya berjumpa lagi pada tahun 2017.
Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan para pendidik dalam menyampaikan ilmu secara berkualiti.
Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai negara maju mengikut acuan sendiri memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh yang demikian Transformasi Pendidikan amat perlu dilaksanakan agar sistem pendidikan kita terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa.
Dengan adanya laman web ini saya berharap agar dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap profesionalisme yang tinggi dan berkualiti serta bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi SMKA NAIM LILBANAT dalam semua aspek.
Sekian, terima kasih.
Wassalam


Post a Comment

[blogger]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.